Pusat Anak PERMATA Negara Kuala Pilah (PAPN KP) merupakan pusat asuhan dan didikan awal kanak-kanak. Pusat ini beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang dan akan memulakan proses pengambilan anak-anak PERMATA Negara.
Berikut disertakan beberapa maklumat penting mengenai kriteria anak-anak PERMATA yang akan dipilih:
Umur : 2 hingga 4 tahun (lahir pada tahun 2009 hingga 2011)
Jarak rumah : Jarak dari PERMATA ke rumah mestilah kurang daripada 10km
Gaji Ibubapa : Pendapatan ibu dan bapa mestilah tidak melebihi RM2500 sebulan.
Kuota : Terhad kepada 30 orang anak-anak sahaja.
Borang permohonan boleh didapati di laman web BORANG PERMOHONAN PERMATA atau boleh diambil di Pusat Anak PERMATA Negara Kuala Pilah (PAPN KP) mulai 10.12.2012.
Tarikh tutup penghantaran borang bagi Sesi 2013 adalah pada 10.01.2013 dan dihantar kepada kami untuk proses seterusnya.
Alamat:
Pusat Anak PERMATA Negara Kuala Pilah (PAPN KP)
Bekas Kuarters Kediaman Kerajaan,
Bersebelahan Rumah Rehat Kuala Pilah,
Jalan Bukit
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Teacher Suaibatulislamiah - 0173598692
Teacher Rafidah - 0132596387
Teacher Nur Idayu - 0193755158
'SETIAP ANAK PERMATA NEGARA'
No comments:
Post a Comment